Wednesday, May 5, 2010

My Message to AIDSAware

AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenalpasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah. Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang boleh menjurus kepada perebakan HIV semakin ketara dan membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak di kalangan remaja yang dijalankan pada tahun 1994, mendapati 18% daripada 6,110 responden remaja mempunyai pengalaman melakukan seks bebas, 14% menyalahgunakan dadah.

Kajian Remaja dan AIDS yang dijalankan pada tahun 1996 ke atas 4,347 orang remaja awam yang berumur 13-25 tahun pula mendapati 6% pernah melakukan seks bebas, 5% pernah terlibat dengan penagihan dadah dan 31% pula merokok.

Dari kajian yang dilakukan menunjuk bahawa AIDS akan terus berleluasa sekiranya kita tidak ada cara untuk mencegah atau membendung penyakit ini daripada merebak.. Hal ini berikutan statistik yang menunjukkan tahap yang sangat kritikal..

Dalam hal ini peyakit AIDS ini boleh membawa kehancuran masa depan keluarga, masyarakat dan negara sekiranya kita tiada kesedaran bahawa BAHAYAnya penyakit AIDS ini.












No comments:

Post a Comment