Thursday, June 24, 2010

~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~

terima kasih kepada mia sebab sudi tag honey untuk ~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~ yang dianjurkan oleh Cik Ayu Rosly dalam blognyer SEWING MAKEs ME CRAZY...bertuahnyer ayu sebab ader kemahiran menjahit...

bestkan kalau pandai menjahit...tengok jer blog ayu nie memang terserlah kebolehan dalam menjahit..bukan setakat menjahit pakaian jer tapi ayu pun pandai menjahit manik...nampak kemas dan sangat creative...kalau honey lah entah jadi buka ke jadi ape tah..tak pun baju tue jahanam dik perbuatan honey..hehehe..

honey tengok tempahan pun bukan main banyak gak yang ayu terima...honey yakin ayu akan lebih berjaya dalam bidang jahitan nie..mungkin ader butik jahitan sendiri..mudah-mudahan...amin..

kepada sesiape yang berminat untuk membuat tempahan sila la layari blog ayu SEWING MAKEs ME CRAZY k..lagi2 dah dekat RAMADHAN sebulan lepas tue SYAWAL...so ape nak ditunggukan, jom kite tempah baju ngan ayu....

yang lebih menarik ayu ader wat giveaway yang menawarkan 4 buah beg yang cantik dan cute..
hadiah nie khas kepada pemenang bertuah dalam ~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~ nie...memang menarik hadiahnyer....

jom kite tgk hadiahnyerr

hadiah-hadiah tersebut adalah.....




wahhhh!!!! cantiknyer...




betulkan cantik...honey betul2 berminat dengan keempat2 beg tue..harap2 lah honey jadi antara 4 pemenang bertuah yang ayu pilih...comel sangat...

tapi honey bukan nak bolot semua...honey nak berkongsi tag nie untuk sama2 dapatkan hadiah tue gak..honey telah memilih 3 orang kawan untuk join..

mereka ialah :
1. dayna
2. izyan nadiah
3. macy
tapi kepada sesiapa berminat sila la amik je tag nie k..

jom kite beramai-ramai join ~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~



INGAT...JGN TIMANG ANAK ANDA TINGGI-TINGGI

Baca artikel nie sebelum terlambat...

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi..

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN


1.
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
Minta bantuan orang lain.


Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.




Wednesday, June 23, 2010

My first giveaway * Phone Case *

comel kan phone case...

terima kasih kepada Izyan Nadiah coz invite honey to join My first giveaway *phone case* nie..
tahniah yan coz berjaya wat giveaway sendiri..percubaan yang baik...

creative tul yan nie..pandai dan rajin nak kait phone case tue..kalau honey la tak tau la jadi ape tah..hehehe..

hadiah nie cukup istimewa sebab dihasilkan oleh tuannyer blog sendiri..harap2 lah honey jadi insan terpilih untuk dapatkan phone case tue eh...

syarat2 untuk join giveaway nie mudahnyer

1. kne jadi follower yan dan add link blog yan dalam list owner blog..

(2) Buat entry tentang giveaway ni di blog list korang..
Comment phone case nie di blog korang best2..


3 post entry terbaik akan menang giveaway nie okeh :)
So..1st winner will get phone case..2nd and 3rd boleh request pendrive case okeh..hehe

(3) Sesiapa yg tiada blog.dan nak join jugak kne add facebook "Izyan Nadiah" and share this link at ur wall & tinggalkan comment best2..

(4) Lastly..tinggalkan link kat comment box bawah nie iye

Tarikh tutup 30June 2010..Pemenang akan diumumkan 1 Julai 2010 iye.. :)

so, kepada semua blogger jom la join My first giveaway * phone case* dari yan..
coz hadiah cukup istimewa