Tuesday, May 11, 2010

HARI BELIA NEGARA 2010

PELUANG BESAR!!!!!!


Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara bermula dari 14 Mei hingga 16 Mei 2010. Ia terbuka kepada belia yang mempunyai Blog sendiri untuk diperkenalkan dengan meluas. Sebanyak 50 Blog yang paling kreatif akan dipilih untuk menerima Sijil Penyertaan. Program ini dianjurkan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2010.

Aku rase nie adalah peluang terbaik untuk aku menyertai pertandingan nie..memandangkan sokongan padu dari blogger mialiana menjadikan aku bersemangat untuk sesama menyertai program nie. Dari sudut pemikiran yang positif, program yang dianjurkan nie sememangnyer satu program yang amat membina dan menguji kreativiti kite dalam dunia blog. Dengan adernye pertandingan nie, ia telah memberi lebih semangat untuk meneruskan penglibatan kite dengan blog.

Selain itu, kite juga berpeluang untuk berkenalan dengan blogger lain dan nie juga satu perkara yang sihat kerana kite boleh bertukar2 pendapat dan idea dengan mereka.

Program nie juga disokong oleh Persatuan blogger iaitu Information technology youth movement yang mane berperanan untuk menyediakan satu platform untuk blogger agar perjuangan yang dilakukan secara individual tadi dapat bergerak dengan lebih ramai dan bermatlamat didalam satu persatuan belia yang berdaftar.


Persatuan ini boleh dikatakan setaraf dengan belia 4B, rakan muda dan sebagainya malah pergerakannya lebih unik dan adalah persatuan yang pertama di Malaysia yang menggunaan IT sebagai medium pergerakan.

Berlatar belakangkan Pengerusi sebagai peneraju Persatuan ITYM nie iaitu saudara Khaireel azlee yang telah dianugerahkan sebagai anugerah tokoh belia inovatif atas pencapaian beliau menubuhkan Information technology youth movement, maka kite sebagai blogger nie perlu berkeyakinan dengan kemampuan fungsi yang didukung oleh ITYM nie.

So, marila kiter mendaftarkan blog kite dengan persatuan yang dikira boleh menjadikan blog kite lebih maju ke hadapan.

YANG MENARIK, 50 blogger yang terpilih melalui blog yang paling kreatif nie akan menerima Sijil Penyertaan yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri kite iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Datuk Seri semasa perhimpunan Hari Belia Negara di PICC, Putrajaya yang akan berlangsung pada 15 Mei 2010.


So, kepada semua blogger mari beramai-ramai menyertai pertandingan HARI BELIA NEGARA 2010 nie.. sila layari http://itym.blogspot.com/2010/05/creative-youth-blog-hari-belia-negara.html

No comments:

Post a Comment