Wednesday, April 21, 2010

My Dream Destination

Sebenarnya setiap manusia mempunyai impian untuk menjelajahi destinasi yang diidamkan. Mereka akan mengimpikan satu destinasi yang menarik dan boleh memberi ketenangan jiwa dan minda. Kebiasaannya destinasi yang menjadi pilihan meliputi dalam dan luar negara.

Saya juga mempunyai impian untuk berbulan madu disebuah destinasi yang romantik, menarik dan boleh memberi ketenangan kepada saya dan husband. Destinasi impian saya adalah di luar negara iaitu Sydney, Australia. Ini adalah dorongan cerita dari my mother yang pernah bercuti di sana. Lagi pun tak pernah ke luar negara pun.. dari cerita dan gambar my mother Sydney mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati..selain itu, kite boleh menimba pengalaman duduk di negara orang dan mempelajari bagaimana cara kehidupan mereka..


Sydney juga merupakan bandar terbesar di Australia dan ibu negeri New South Wales. Sydney juga merupakan bandar raya yang maju dalam berbagai bidang bersaing dengan Melbourne yang terletak di Victoria. Sydney juga terkenal sebagai tujuan pelancongan terutama Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia. Tempat-tempat ini tak ade dinegara kita jadi kita boleh pelajari kemajuan yang mereka perolehi untuk meningkatkan kemajuan negara kita pula.

Selain itu, kita juga boleh melihat binatang yang terdapat di sana yang kita tidak tak pernah lihat sepeti koala, kangaroo dan lain-lain.. saya juga impikan musim salji.


Selain itu, saya juga boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan MAS untuk ke destinasi tersebut. Saya yakin kakitangan MAS akan memberi perkhidmatan yang terbaik. Malaysia airline juga memberi perkhidmatan yang mudah kerana segala tempahan tiket boleh dilakukan di laman web mereka iaitu http://www.malaysiaairline.com

itulah destinasi impian saya..





















Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

1 comment:

Ms.osha said...

waa..join projek alpha gak..hehe..
sy dr aritu nk join..
asyek x sempat je,,,
xpe2..nnt2 sy pon nak join gak..;)

Post a Comment