Thursday, April 22, 2010

Hukum Mengecat dan Memotong kuku

1. MENGECAT KUKU HUKUMNYA HARAM

Kebiasaannya perbuatan mengecat kuku itu dilakukan oleh wanita yang sengaja menyimpan kuku panjang untuk tujuan kecantikan.
Sesungguhnya cat kuku yang berwarna merah yang dijual dikedai2 solek ialah suatu BAHAN KIMIA yang BOLEH MENGHALANG AIR daripada meresap pada permukaan kuku atau kulit. Sekiranya cat itu disapu sebelum mengambil wudhuk atau sebelum mandi hadas besar, maka ia menyebabkan wudhuk dan mandi hadas besar TIDAK SAH.

Hukum perbuatan itu adalah HARAM, kerana apabila wudhuk TIDAK SAH maka SOLAT pun TIDAK SAH.


2. SUNAT MEMOTONG KUKU

Sekiranya kita mewarna kuku dengan alat yang boleh menyerap air seperti INAI maka TIDAK SALAH. Tapi sekiranya dengan alat SOLEK KUKU yang TIDAK boleh diserap air maka ketika hendak berwudhuk dan mandi hadas besar WAJIB dibuang dan dibersihkan terlebih dahulu.

Hadis yang berkaitan dengan memotong kuku ialah yang diriwayatkan dari SITI AISYAH. Katanya bahawa RASULULLAH SAW bersabda, maksudnya; " Ada 10 macam fitrah (kebiasaan) manusia, iaitu; menggunting misai, memanjang (menyimpan dan memelihara) janggut, bersugi, menyedut air ke dalam hidung, MEMOTONG KUKU, membersihkan sela-sela jari (tangan dan kaki), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, membersihkan najis atau beristinja (sekiranya tiada air)".

Kebiasaan bagi wanita jahiliah ialah menyimpan kuku panjang dan dicat dengan warna merah sepertimana dibicarakan dalam bahagian mengecat kuku. HUKUM MEMOTONG KUKU setelah ia panjang adalah SUNAT. Walaubagaimana pun sekiranya dicelah-celah kuku itu dimasuki benda yang boleh menghalang air ketika wudhuk atau mandi hadas besar, maka ketika itu memotong kuku atau membersihkan benda yang menghalang air itu hukumnya WAJIB.

Ada pun berhias diri dengan menyimpan kuku panjang dan mengecatnya samaada dengan izin suami atau tidak HUKUMNYA TETAP HARAM. kerana perbuatan tersebut meniru budaya bukan ISLAM. Siapa yang meniru budaya atau cara hidup orang bukan islam ia dianggap termasuk ke dalam golongan mereka.

* Kepada kekawan sekalian yang bergelar wanita, hendaklah berhati-hati agar tidak mudah meniru stiap yang dilihat, lebih-lebih lagi yang datang dari BARAT. Kenapa kita haru meniru budaya dan cara hidup orang lain, sedangkan yang ada didalam ISLAM telah cukup sempurna dan cantik. Peliknya, kita mudah sahaja meniru sesuatu yang datang dari barat tapi yang buruk KENAPA tidak pilih yang BAIK seperti TEKNOLOGI dan KEMAJUANNYA

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaim

.. ye ke pewarna kuku adalah haram..? bukan bergantung pada niat n mase memakai ke..? hmmm.. klu perempuan tu dtg bulan n sah2 tak boleh sembayang mcm mana pula..? memalui byk pembacaan sy, ada yg mengatakan haram but byk juga yg mengatakan tidak bergantung pada situasi..memang ia dikatakan bukan budaya islam ttp wanita disifatkan menyukai kecantikan n sesuatu yg indah.. rasenye klu memakai bertujuan utk kecantikan utk suami & jika ia mmbantu menzahirkan keinginan suami tiada masalah.. cume mase nak berwuduk or mandi hadas ia wajib di lupus/dipadam pewarna tu sebab tak menyerap air..
contoh boleh baca di :http://www.syariahonline.com/v2/fiqih-wanita/memakai-cat-kuku--cutex-


dan memotong kuku bukan ke adalah diwajib kan..?
kerana Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.

contoh boleh baca di : http://mr-tazkirah.blogspot.com/2007/05/dosa-kuku-panjang.html


:)..kita hanya mau berkongsi n tidak ada niat utk mencanggahkan niat dan kata2 tuan page,,huhuhu..salah silap kata harap di maafkan

Anonymous said...

assalamualaikum
betul apa yg anonymous ckp kan tu. tp ape yg tuan blog ckp pn adalah betul. sebetulnya anonymous kna bce betul-betul dan faham apa yg tuan blog ni smpai kan. memang ada sumber lain yg menyatakan begitu tetapi anonymous kna check dlu byk pendapat yg palsu dan tidak benar. sekadar berkongsi

Post a Comment