Thursday, June 24, 2010

~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~

terima kasih kepada mia sebab sudi tag honey untuk ~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~ yang dianjurkan oleh Cik Ayu Rosly dalam blognyer SEWING MAKEs ME CRAZY...bertuahnyer ayu sebab ader kemahiran menjahit...

bestkan kalau pandai menjahit...tengok jer blog ayu nie memang terserlah kebolehan dalam menjahit..bukan setakat menjahit pakaian jer tapi ayu pun pandai menjahit manik...nampak kemas dan sangat creative...kalau honey lah entah jadi buka ke jadi ape tah..tak pun baju tue jahanam dik perbuatan honey..hehehe..

honey tengok tempahan pun bukan main banyak gak yang ayu terima...honey yakin ayu akan lebih berjaya dalam bidang jahitan nie..mungkin ader butik jahitan sendiri..mudah-mudahan...amin..

kepada sesiape yang berminat untuk membuat tempahan sila la layari blog ayu SEWING MAKEs ME CRAZY k..lagi2 dah dekat RAMADHAN sebulan lepas tue SYAWAL...so ape nak ditunggukan, jom kite tempah baju ngan ayu....

yang lebih menarik ayu ader wat giveaway yang menawarkan 4 buah beg yang cantik dan cute..
hadiah nie khas kepada pemenang bertuah dalam ~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~ nie...memang menarik hadiahnyer....

jom kite tgk hadiahnyerr

hadiah-hadiah tersebut adalah.....




wahhhh!!!! cantiknyer...




betulkan cantik...honey betul2 berminat dengan keempat2 beg tue..harap2 lah honey jadi antara 4 pemenang bertuah yang ayu pilih...comel sangat...

tapi honey bukan nak bolot semua...honey nak berkongsi tag nie untuk sama2 dapatkan hadiah tue gak..honey telah memilih 3 orang kawan untuk join..

mereka ialah :
1. dayna
2. izyan nadiah
3. macy
tapi kepada sesiapa berminat sila la amik je tag nie k..

jom kite beramai-ramai join ~~~PINKLOLIPOPS 1st FREE GIVEAWAY~~~



INGAT...JGN TIMANG ANAK ANDA TINGGI-TINGGI

Baca artikel nie sebelum terlambat...

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi..

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN


1.
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
Minta bantuan orang lain.


Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.




Wednesday, June 23, 2010

My first giveaway * Phone Case *

comel kan phone case...

terima kasih kepada Izyan Nadiah coz invite honey to join My first giveaway *phone case* nie..
tahniah yan coz berjaya wat giveaway sendiri..percubaan yang baik...

creative tul yan nie..pandai dan rajin nak kait phone case tue..kalau honey la tak tau la jadi ape tah..hehehe..

hadiah nie cukup istimewa sebab dihasilkan oleh tuannyer blog sendiri..harap2 lah honey jadi insan terpilih untuk dapatkan phone case tue eh...

syarat2 untuk join giveaway nie mudahnyer

1. kne jadi follower yan dan add link blog yan dalam list owner blog..

(2) Buat entry tentang giveaway ni di blog list korang..
Comment phone case nie di blog korang best2..


3 post entry terbaik akan menang giveaway nie okeh :)
So..1st winner will get phone case..2nd and 3rd boleh request pendrive case okeh..hehe

(3) Sesiapa yg tiada blog.dan nak join jugak kne add facebook "Izyan Nadiah" and share this link at ur wall & tinggalkan comment best2..

(4) Lastly..tinggalkan link kat comment box bawah nie iye

Tarikh tutup 30June 2010..Pemenang akan diumumkan 1 Julai 2010 iye.. :)

so, kepada semua blogger jom la join My first giveaway * phone case* dari yan..
coz hadiah cukup istimewa

Tuesday, June 15, 2010

JAWATAN KOSONG......URGENT!!!!

perhatian kepada kekawan yang mencari pekerjaan untuk mendapatkan sumber kewangan.....

Jawatan nie terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA yang berminat untuk memohon sebagai PEMBANCI....

dibawah nie adalah keterangan bagi jawatan tersebut...sila la mencuba

DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
SEBAGAI: PEMBANCI


Sukacita dimaklumkan, Jabatan Perangkaan memerlukan seramai 1181 orang pembanci di daerah Johor Bahru untuk Program Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. Oleh yang demikian, orang ramai adalah dijemput untuk hadir ke sesi temuduga terbuka seperti maklumat di bawah;



JAWATAN SEBAGAI PEMBANCI INI MERUPAKAN JAWATAN KONTRAK (28 JUN 2010 HINGGA 22 OGOS 2010)


MAKLUMAT TEMUDUGA:


TARIKH TEMUDUGA: 13/6/10 HINGGA 18/6/10 DAN 21/6/10 HINGGA 23/6/10


MASA: 9.00am HINGGA 4.00pm (PADA SETIAP TARIKH TEMUDUGA)


TEMPAT:

Pusat JobsMalaysia Iskandar Malaysia
G-07-06, Danga Walk Street Mall (Danga Bay),
Off Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru.



Berikut merupakan SYARAT-SYARAT yang harus dipenuhi bagi melayakkan anda untuk memohon jawatan sebagai pembanci:

1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
2. Pemohon haruslah sekurang-kurangnya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / kelayakan yang setaraf dengannya / pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada gred 17 hingga 26.
3. Pemohon hendaklah berumur 18 tahun keatas pada tarikh temuduga
4. Pemohon haruslah boleh bertutur dalam bahasa melayu.

CARA MEMOHON

1. LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN YANG TELAH DILAMPIRKAN BERSAMA-SAMA EMAIL INI.
2. BAWA BORANG YANG TELAH DILENGKAPKAN TERSEBUT BERSAMA-SAMA ANDA KETIKA HADIR KE SESI TEMUDUGA PUSAT JOBSMALAYSIA ISKANDAR MALAYSIA.


DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA KE SESI TEMUDUGA:

1. Gambar berukuran pasport yang terkini
2. Resume yang terkini
3. 2 salinan yang diakui sah bagi setiap dokumen berikut: (Pengesahan salinan boleh dilakukan di JMC IM)

* Kad pengenalan
* Sijil peperiksaan / kelulusan / pencapaian dan yang berkaitan (PMR DAN SPM)



PEMAKAIAN KE SESI TEMUDUGA:

* Calon hendaklah berpakaian kemas
* Memakai kasut


PEMBAYARAN GAJI BAGI:

1. PEGAWAI KERAJAAN YANG SEDANG BERKHIDMAT

Kump. P&P – RM 250.00/bln.

Sokongan 1 - RM 200.00/bln.

Sokongan 2 – RM 150.00/bln.


2. ORANG AWAM

± RM1000.00


Jika terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami Cik Nonie Suhaily Bt Wan Ab Aziz di talian 07-2340148/9.

Terima kasih

Monday, June 14, 2010

anda PHOTOGENIC ?? mari join contest ni ..

contest yang menarik..yelah aku nie memang la sangat suka bergambar...so time aku blogwalking sekampung terjumpe blog Izyan Izzaty yang anjurkan contest anda PHOTOGENIC??


tanpa berlengah2 lagi aku pun join la contest ni...tapi syarat yang sangat utama adalah jadi FOLLOWER Izyan dulu k..


alamak segan lak nak expose gambar sendiri..hehe..tapi disebabkan tersangatlah berminat untuk join contest nie, aku show kan gambar aku yang tak tau la eik diterima sebagai PHOTOGENIC ke tak..hehe..(tapi harap2 diterima ye cik Izyan)...

aku pilih gambar nie sebab aku rase antar gambar yang photogenic dari yang lain...mungkin gambar tue nampak cam gelap tapi ader sinar...hehehe (angkat bakul sendiri nampak..jgn mare)... mungkin antar sebab lain dan menariknyer gambar nie adalah dari senyuman aku yang manis gitu...cehwah!!!!

aku rase cukuplah antar sebab2 yang aku bagi nie..yelah takut geli gemelan dan muntah2 lak juri m'bacanyerrr...hehehe....jgn sampai cam tue yee juri...nnti tak der pemenang lak...

k sekarang aku nak sebarkan contest nie kepada 3 orang dari kalangan follower aku..

mereka adalah

1. faramir89
2. nurul ain
3. Aisyah AR

k kepada 3 orang follower nie sila pay attention k..

so, sebelum nak join contest kne baca dulu term & condition yang telah ditetapkan oleh Izyan Izzaty nie..mari kite terjah satu persatu :

TERM & CONDITION :

1.terbuka kepada semua peringkat umur.

2.gmabar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !!

3.gambar anda mestilar sePHOTOGENIC yg mugkin,nampakkn 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P
4.hanya sekeping gmabar sahaja d benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah .. :)

5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY

6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org . [org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha :P]

7.letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :)

8.tarikh tutp contest ini ialah 30 JUNE 2010 , bile dah tamat contest,saye akn announce kn ape hadiahnyer..jengjengjeng~!! mari akak abg adik ibu bapa join contest saye !! :) hadiahnyer mmg best,kalo saye anjurkn mmg best .. hihihi :p


so, jom kite join contest nie....

Farish 1st Giveaway ...jom!!!!!!!!!

Mari melawat MELAKA...

best gak kan dapat melancong sambil tambah pengetahuan berkenaan sejarah yang ade kat Melaka..lagi2 time2 cuti sekolah nie...boleh wat program bercuti 1 family pegi MELAKA..tak payah lah nak pegi jauh2...

pandai ummi pilih mase utk buat contest nie..maklumla cuti sekolah kan...


terima kasih la kat ummi sebab invite saya untuk menyertai contest Farish 1st Giveway nie...hadiahnyer pun best gak kalau dapat tue...harap2 lah honey boleh menang..

yelah hadiah adalah merupakan baucer percutian ke MELAKA...boleh ajak husband pegi bercutikan..tue pun kalau honey adalah pemenang yang bertuah..

nielah gambar baucer nyer...


besrnyeeeee kalau dapat...dapat lebih boleh ummi...hehehe...kata ummi hadiah sampingan pun ader gak tau...

so kepada blogger semua jom lah kite join contest ummi Farish 1st Giveway nie...

jom cuti-cuti malaysia ke MELAKA

Thursday, June 3, 2010

Gimme Food on Flights (Blog about what dish you’d like to have on flights)


rasenyer dah lame aku tak join project alpha contest nie..yelah sejak kebelakangan nie aku buzy sikit dan arinie pun aku baru selesai menjalani temuduga...mudah-mudahn aku dapat..

contest project alpha kali nak kite terbang dengan perkhidmatan MAS dengan perut yang penuh dan senang hati untuk pergi ke mana saje..yang pasti MAS tidak akan membiarkan penumpang-penumpang berase laparkan..layanan dan hidangan makanannyer sememangnyer cukup istimewa....

dalam contest nie perkhidmatan MAS beri kite peluang untuk memilih makanan kegemaran kite sekiranyer kite menggunakan perkhidmatan mereka...terima kasih lah yee...

memandangkan aku nie kononnyer tengah on diet so aku tak nak la request makanan yang dikategorikan berat..so aku memilih makan dalam kategori ringan lah iaitu FRENCH FRIES...



dan nak lebih sihat diet dengan sayur iaitu digabungkan dengan APPLE COLESLAW...


So camner best tak gabungan yang aku pilih...aku rase pun makan nie sesuai untuk dimakan oleh sesiape saje dari peringkat muda hingga tua..kanak-kanak pun sesuai...

pastinyer makanan di atas merupakan diet yang sihat untuk diamalkan kerana ia tidak terlalu kenyang dan tak lapar....

sebenarnyer aku memang minat kedua-dua makanan tersebut...jadi aku pasti dengan makanan pilihan aku tue akan membuatkan aku lebih kenyang dan selesa untuk kemana saje dengan penerbangan MAS...bak kata pepatah "GENDANG GENDUT TALI KECAPI KENYANG PERUT SANGAT LAH SUKA HATI"










Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Never go hungry while flying with MAS!

Tuesday, June 1, 2010

SURAT CINTA UNTUK TATAPAN

terima kasih kepada Matt Leopardus kerana telah mengirimkan tag SURAT CINTA yang mengandungi ayat2 yang penuh makna... :)



bile aku buka surat nie rupenyer2 kne jawab soalan...

soalan???

Soalan ape eik???soalan dari hati ke hati...tak pun dari jantung je jantung...hehehehe



so, mari kite tgk ape soalan yang perlu dijawab dalam surat cinta yang aku terima nie...

nie la soalannyer...k la nak jawab soalan kne tenang..to be continue

1. apa yang bermain di fikiran sekarang?

sebenarnyer macam2 hal...susah nak dihuraikan


2. apakah nama samaran you all?

aza boleh....azie boleh...hanie pun boleh (bukan honeydew k)


3. berikan 3 org yg you all syg?

disebabkan sekarang dah ader husband so kne utamakan husband

1. Husband
2. Abah
3. Mak

- sori terlebih adik-beradik pun sayang gak...


4. panggilan untuk si dia?

Abanggggggggg.. (versi gatai..hehehe)


5. hadiah yg u all impikan drpd seseorg yg istimewa?

terima seadanyer


6. blog mane yg you all suke visit

blog blogger yang datang kt my blog laaaa...i love u all



7. tag kan kpd 15 followers korg

1. Siti Fathiah
2. nuriz
3. alkisah69
4. matahari
5. coki-coki
6. zoul_imme
7. macy
8. malaylifestyle
9. deeya_shouranlee
10. lynnhamzah
11. nany michiko
12. geng_conteng
13. Me Chicko Latino
14. bongsulung
15. the polaris

rupenyer nie la soalan2 yang terkandung dalam surat cinta yang aku terima...

so kepada sesiape yang dah ditag...jawab la dengan seikhlas hati k...

Monday, May 31, 2010

PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?


Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.


Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.


Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ...


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?


yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama


Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.


Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!


Justeru itu wahai para suami dan isteri,


Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah?

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Saturday, May 29, 2010

DEBARAN 5 HARI KIAN TERASA

mesti kepada blogger2 yang lalu di blog simple>>>sempoi>>>slamber akan tertanye2 nape aku wat post entry tajuk nie kan...memang sekarang aku dalam keadaan separuh tertekan gak la...macam2 ader dalam otak aku nie....dapat ke tak ker... :)

rasenyer korang gempak tak baca intro aku nie (kalau tak gempak pun..wat2 gempak la eh kepada pembaca...hehehe)...

tujuan aku wat post entry nie adalah untuk berkongsi dengan semua blogger2 yang datang bahawa aku ader berita gembira yang aku dapat




k la aku terus terang jela...untuk pengetahuan semua sebenarnyer tinggal 5 ari lagi aku akan menghadapi temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27) pada 3 JUN 2010 ari khamis...memang dah lama aku nanti peluang untuk temuduga gred nie...alhamdulillah akhirnyer impian aku tercapai gak..yela walaupun aku tak tau sama ada aku berjaya dalam temuduga tue atau tak...tapi aku tetap rase bersyukur kerana aku telah d'beri peluang untuk temuduga tersebut..

happy sangat rasenyer bile aku terima surat panggilan temuduga tue...macam tak percaya rasenyer...aku harap sangat aku berjaya dalam temuduga tue...sebab peluang nie la yang aku harapkan...

kepada semua blogger yang membaca artikel nie doa kan aku berjaya dalam temuduga nie k..

terima kasih semua....

Friday, May 28, 2010

Kuiz Smile..Smile..Smile.. Semuanya Ada Di Sini

kepada semua blogger-blogger jom kite beramai-ramai menyahut cabaran mia_liana untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang diajukan...hadiahnyer pun menarik tau..so ape yang ditunggu-tunggu lagi jom baca soalan dan jawab sebelum tarikh tutup pada 1 JUN 2010

untuk jawab semua soalannyer sila click di gambar kucing yang comel ini



saya telah mencube..anda bile lagi...

so selamat mencube untuk menjawab kuiz smile...smile...smile

Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink (Blog about which celebrities you think need deodorant)


Aduhhh!!!! Tunggu punyer tunggu akhirnyer project alpha keluar gak contest baru..tapi yang sedihnyer aku rase dah terlambat untuk jadi peserta 50 orang terawal..yelah mane tak nyer mase tunggu dari pagi sampai abis time ofis question tak keluar... bile mia_liana call dalam pukul 6.30, die bgtau question project alpha dah keluar tapi aku tengah drive balik kampung sebab esok kan cuti wesak...sedihnyerrrr....tapi tanpa berlengah-lengah lagi aku pun mula untuk jawab gak soalan nie..sebab aku minat tul ngan project2 yang project alpha keluar kan nie..

Jadi aku harap sangat la jawapan aku nie dapat perhatian gak oleh juri2...

K aku terus bagi jawapan untuk soalan nie...bukan la niat aku nak kata celebriti ni stink sangat tapi aku rase die amat memerlukan deodorant...aku pilih die pun sebab tengok gerak tari nyer yang sangat aktif dan rancak...

Kalau semua nak tau siape celebriti pilihan aku, die ialah ADAM AF2 (sori ye kepada peminat ADAM..aku just suggestion kan jer supaya die pakai deodorant ADIDAS ACTION 3 nie...:))..aku pun minat gak dengan tarian die yang rancak dan sangat lasak tue..tapi kite sebagai peminat pun nak beri pendapat untuk kebaikan die jugak kan...



Aku pilih die sebab yela tengok cara gaya die yang aktif dan bertenaga ketika membuat persembahan..kalau tengok die punyer showw..wallaaaaa..memang terngaga la...lagi-lagi bile lagu die yang bergabung dengan STACY..memang gempak la..

K nape lak aku suggest pakai deodorant ADIDAS ACTION 3 nie?? Banyak sebabnyer... antara sebab-sebab kebaikan deodorant ADIDAS ACTION 3adalah ia memberi lebih perlindungan pada bawah lengan, menyerap kelembapan peluh dan juga mengawal bau badan yang agak menjengkel kan (aku rase nie bahasa jawa kot...sori kalau salah hehehe...)


So sesuai la sekiranyer ADAM memakai deodorant yang sangat berkualiti dan sangat berguna nie...dengan pergerakannyer yang aktif aku sangat berkeyakinan ADIDAS ACTION 3 sangat sesuai dengan ADAM AF2...

So nie la yang aku sempat create untuk contest kali nie..kelam-kabut gak la nak buat yela sebab dah terlambat sangat rasenyer...aku harap sangat dapat menang kali nie...

untuk buktikan keaktifan ADAM AF2 nie aku persembahkan dari video ADAM











Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Sunday, May 23, 2010

Panduan Adab Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
dihantar oleh: Uwais al-Qarani

Thursday, May 20, 2010

HaPPy MorNinG

dalam kesempatan nie untuk beberapa minit lagi sebelum aku bergerak ke Pontian coz ader meeting saya nak post wish morning kepada pengunjung2 blog saya...ape yang diharapkan anda semua tak jemu untuk kunjungi blog saya nie k...because anda semua la sahabat dan pengunjung yg setia...thank's so much



Sedikit kata2 pagi dari saya :

Biar apa jua keadaan fizikal seseorang kawan, teman, atau sahabat itu
ianya tak menjadi halangan....
kerana keikhlasan wujud dari hati
bukan dari keadaan fizikal seseorang itu.
setiap kekurangan pasti ada kelebihan.....!

u're my frenz forever and ever............




Tuesday, May 18, 2010

contest SENYUMAN PALING MENAWAN~

aku minat betul ngan contest yang menarik2 nie..kali nie aku masuk contest SENYUMAN PALING MENAWAN ~..tak tahu la SENYUMAN aku nie terpilih ke tak eik...cube je la...

menawan sungguh senyuman dalam gambar di bawah nie kan..


untuk pengetahuan SENYUMAN kat gambar diatas adalah milik chentazetty...contest nie juga adalah hakmilik chentazetty.... so kalau nak masuk contest nie kne jadi follower chentazetty k...

untuk contest nie aku telah ditagged oleh mialiana yang merupakan ofismate yang menjadi rakan kongsi ape pun (termasuk sesama join contest project alpha)... so kali nie pun kteorg join gak contest SENYUMAN PALING MENAWAN~...

k syarat2 yang telah ditetapkan oleh cik zetty kite adalah seperti berikut nyeeee :

1:contest nie terbuka tuk semua peringkat umur.

2:1 gambar je( GAMBAR ANDA)...sape masukkan lebih2 otomatik akan di rejek oleh ai...*hahhahahha gelak jaat*

3:gambar mestilah senyum yang memang ikhlas.....senyum lebar 2 da max... =)

4:gambar BERSEORANGAN..... (kalau atok nenek nk join tgu next contest k)

5:mestilah menjadi follower miss chentazetty

6:sediakan entri khas contest ini dalam blog u all n link kan kepada ai...

7:senangkan????? jgn lupe tag kan kawan2 anda minimum 4org... (kalau follower anda xramai boleh di maapkan..) make sure org anda tag 2 tau bahawa dia telah di tag...

Now, saya nak mempamerkan SENYUMAN yang keluar dari hati saya yang ikhlas nie...jeng..jeng..jeng


so explaination nape senyum??? antara sebabnyer saye nie murah senyuman (yela senyum tue kan satu sedekah)...antara sebab lain adalah kerana nak amik gambar la..(confirm kebanyakkan orang nak amik gambar mesti senyumkan...hehehe..jgn mare)..

sebenarnyer antara sebab utama (brp banyak antara daaa) adalah nak join contest dari chentazetty la dan jadi follower cik zetty gak...harap2 la dipilih oleh cik zetty k...(harapan menggunung tueee)

so, sekarang aku nak followers aku yang lain untuk join contest nie..memandangkan dalam syarat hanya memerlukan aku pilih 4 orang saje,so 4 orang jer la yang aku pilih (maaf ye pada yang tak terpilih)...mari kte lihat sape yang ditag...

1. yan
nie la 4 orang terpilih..so jangan tunggu lagi sertai la contest chentazetty nie SENYUMAN PALING MENAWAN ~

SERTAI SEGERA MEMANDANGKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN TELAH HAMPIR IAITU 20 MEI 2010..sempat lagi nie...

Who Will Win the World Cup?

Soalan PROJECT ALPHA kali nie memerlukan aku memilih sape yang akan menang WORLD CUP pada 2010 nie..

Dengan tidak berlengah2 lagi aku memilih BRAZIL... ikutkan aku tak lah sangat mengikuti sal world cup nie tapi kali nie aku bersemangat untuk amik tau sal world cup nie..yela mane tau boleh menangkan…insyallah..


K la sekarang nie aku jelaskan la nape la aku pilih BRAZIl nie..ala kalau tak citer pun semua tau kan nape dan confirm semua kenal ngan pemain-pemain yang sangat bersinar (yang kenal tue mesti la peminat BRAZIL kan)…

walaupun aku tak tau sangat tapi yang aku dengar-dengar la kan BRAZIL nie merupakan pasukan bola sepak yang terunggul dan sangat berpotensi dalam arena bola sepak..kalau korang nak tau (tapi mesti dah tau sebelum aku kan…hehehe) BRAZIL nie dah telah menjuarai WORLD CUP sebanyak 5 kali dan telah bermain sebanyak 92 games…

wah!!! Memang tak confirm tak boleh lawan punyer…mungkin ngan semangat warna KUNING dan HIJAU yang sememangnyer menjadi warna kegemilangan BRAZIL, menjadikan BRAZIL berupaya untuk menjadi pasukan yang terhebat dimata dunia…

Dengan ader nyer pemain-pemain yang menjadi tunggak BRAZIL seperti RONALDINHO , penjaga gol nyer JULIO CESAR serta pemain lain aku yakin BRAZIL boleh menjuara untuk tahun 2010 nie…

Tue la antara reasons aku yang meyakinkan aku memilih BRAZIL..

* Sekiranyer fakta diatas salah jangan gelakkan tau…aku memang budak baru nak tahu..hehehe..kepada peminat BRAZIL sori yeee…


menarikkan PROMOTION PACK di atas..harganyer pun berpatutan dan boleh didapati di GIANT, GUARDIAN, TESCO dan banyak tempat lagi..sempena WORLD CUP 2010 nie project alpha telah mempromosikan PROMOTION PACK nie..nak tau lebih lanjut sila layari http://projectalpha.com.my/promo/



Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Wednesday, May 12, 2010

How Many Wiggies?

Jom kite kire sape yang kne.....
kirenyer...kire akhirnyer aku dapat jawapan untuk keseluruhan jumlah p1w1max yang ade kat dalam gambar di atas
and
The number of wiggies are 220










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

RG09... Halal / Haram : Reply from JAKIM

Berkongsi maklumat dengan semua....

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family

Restoran Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Nora ini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi
yang berpenyakit sahaja.
2. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua
4. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5. Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan.

Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYEatau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.

Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam K wan 's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese) , Chin oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM,Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halalJAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

Tuesday, May 11, 2010

YAAHOOO...AWARD LAGI


Terima kasih kepada kak mia ku sayang coz berbesar hati untuk anugerahkan aku AWARD yang sangat berharga dan bernilai nie...bangganyeee

So, dengan anugerah yang saya dah dapat nie kali nie saya nak menganugerahkan pulak
kepada 5 follower yang terpilih..

NOW I WANT TO ANNOUNCE THE WINNERS GOES TO....


1. eja eardiani
2. kelyza
3. fikaryna
4. misz_zana'85
5. sheyPULL

TAHNIAH!!!

kepada semua yang terpilih.minta maaf yang tidak dipilih...saya akan pilih yang lain pada AWARD akan datang..jangan putus asa dan jangan jemu datang ke blog saya lagi..

dengan nie sesiape yang menerima AWARD nie, sila la membuat entry dan berikan kepada
5 blogger yang lain untuk terima AWARD nie k..

untuk penghargaan leave your comment in my blog k..
thank you..

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL - yang besarMenunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti - Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip - Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

HARI BELIA NEGARA 2010

PELUANG BESAR!!!!!!


Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara bermula dari 14 Mei hingga 16 Mei 2010. Ia terbuka kepada belia yang mempunyai Blog sendiri untuk diperkenalkan dengan meluas. Sebanyak 50 Blog yang paling kreatif akan dipilih untuk menerima Sijil Penyertaan. Program ini dianjurkan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2010.

Aku rase nie adalah peluang terbaik untuk aku menyertai pertandingan nie..memandangkan sokongan padu dari blogger mialiana menjadikan aku bersemangat untuk sesama menyertai program nie. Dari sudut pemikiran yang positif, program yang dianjurkan nie sememangnyer satu program yang amat membina dan menguji kreativiti kite dalam dunia blog. Dengan adernye pertandingan nie, ia telah memberi lebih semangat untuk meneruskan penglibatan kite dengan blog.

Selain itu, kite juga berpeluang untuk berkenalan dengan blogger lain dan nie juga satu perkara yang sihat kerana kite boleh bertukar2 pendapat dan idea dengan mereka.

Program nie juga disokong oleh Persatuan blogger iaitu Information technology youth movement yang mane berperanan untuk menyediakan satu platform untuk blogger agar perjuangan yang dilakukan secara individual tadi dapat bergerak dengan lebih ramai dan bermatlamat didalam satu persatuan belia yang berdaftar.


Persatuan ini boleh dikatakan setaraf dengan belia 4B, rakan muda dan sebagainya malah pergerakannya lebih unik dan adalah persatuan yang pertama di Malaysia yang menggunaan IT sebagai medium pergerakan.

Berlatar belakangkan Pengerusi sebagai peneraju Persatuan ITYM nie iaitu saudara Khaireel azlee yang telah dianugerahkan sebagai anugerah tokoh belia inovatif atas pencapaian beliau menubuhkan Information technology youth movement, maka kite sebagai blogger nie perlu berkeyakinan dengan kemampuan fungsi yang didukung oleh ITYM nie.

So, marila kiter mendaftarkan blog kite dengan persatuan yang dikira boleh menjadikan blog kite lebih maju ke hadapan.

YANG MENARIK, 50 blogger yang terpilih melalui blog yang paling kreatif nie akan menerima Sijil Penyertaan yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri kite iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Datuk Seri semasa perhimpunan Hari Belia Negara di PICC, Putrajaya yang akan berlangsung pada 15 Mei 2010.


So, kepada semua blogger mari beramai-ramai menyertai pertandingan HARI BELIA NEGARA 2010 nie.. sila layari http://itym.blogspot.com/2010/05/creative-youth-blog-hari-belia-negara.html