Monday, May 31, 2010

PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?


Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.


Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.


Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ...


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?


yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama


Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.


Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!


Justeru itu wahai para suami dan isteri,


Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah?

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Saturday, May 29, 2010

DEBARAN 5 HARI KIAN TERASA

mesti kepada blogger2 yang lalu di blog simple>>>sempoi>>>slamber akan tertanye2 nape aku wat post entry tajuk nie kan...memang sekarang aku dalam keadaan separuh tertekan gak la...macam2 ader dalam otak aku nie....dapat ke tak ker... :)

rasenyer korang gempak tak baca intro aku nie (kalau tak gempak pun..wat2 gempak la eh kepada pembaca...hehehe)...

tujuan aku wat post entry nie adalah untuk berkongsi dengan semua blogger2 yang datang bahawa aku ader berita gembira yang aku dapat




k la aku terus terang jela...untuk pengetahuan semua sebenarnyer tinggal 5 ari lagi aku akan menghadapi temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27) pada 3 JUN 2010 ari khamis...memang dah lama aku nanti peluang untuk temuduga gred nie...alhamdulillah akhirnyer impian aku tercapai gak..yela walaupun aku tak tau sama ada aku berjaya dalam temuduga tue atau tak...tapi aku tetap rase bersyukur kerana aku telah d'beri peluang untuk temuduga tersebut..

happy sangat rasenyer bile aku terima surat panggilan temuduga tue...macam tak percaya rasenyer...aku harap sangat aku berjaya dalam temuduga tue...sebab peluang nie la yang aku harapkan...

kepada semua blogger yang membaca artikel nie doa kan aku berjaya dalam temuduga nie k..

terima kasih semua....

Friday, May 28, 2010

Kuiz Smile..Smile..Smile.. Semuanya Ada Di Sini

kepada semua blogger-blogger jom kite beramai-ramai menyahut cabaran mia_liana untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang diajukan...hadiahnyer pun menarik tau..so ape yang ditunggu-tunggu lagi jom baca soalan dan jawab sebelum tarikh tutup pada 1 JUN 2010

untuk jawab semua soalannyer sila click di gambar kucing yang comel ini



saya telah mencube..anda bile lagi...

so selamat mencube untuk menjawab kuiz smile...smile...smile

Thursday, May 27, 2010

Celebrities Who Stink (Blog about which celebrities you think need deodorant)


Aduhhh!!!! Tunggu punyer tunggu akhirnyer project alpha keluar gak contest baru..tapi yang sedihnyer aku rase dah terlambat untuk jadi peserta 50 orang terawal..yelah mane tak nyer mase tunggu dari pagi sampai abis time ofis question tak keluar... bile mia_liana call dalam pukul 6.30, die bgtau question project alpha dah keluar tapi aku tengah drive balik kampung sebab esok kan cuti wesak...sedihnyerrrr....tapi tanpa berlengah-lengah lagi aku pun mula untuk jawab gak soalan nie..sebab aku minat tul ngan project2 yang project alpha keluar kan nie..

Jadi aku harap sangat la jawapan aku nie dapat perhatian gak oleh juri2...

K aku terus bagi jawapan untuk soalan nie...bukan la niat aku nak kata celebriti ni stink sangat tapi aku rase die amat memerlukan deodorant...aku pilih die pun sebab tengok gerak tari nyer yang sangat aktif dan rancak...

Kalau semua nak tau siape celebriti pilihan aku, die ialah ADAM AF2 (sori ye kepada peminat ADAM..aku just suggestion kan jer supaya die pakai deodorant ADIDAS ACTION 3 nie...:))..aku pun minat gak dengan tarian die yang rancak dan sangat lasak tue..tapi kite sebagai peminat pun nak beri pendapat untuk kebaikan die jugak kan...



Aku pilih die sebab yela tengok cara gaya die yang aktif dan bertenaga ketika membuat persembahan..kalau tengok die punyer showw..wallaaaaa..memang terngaga la...lagi-lagi bile lagu die yang bergabung dengan STACY..memang gempak la..

K nape lak aku suggest pakai deodorant ADIDAS ACTION 3 nie?? Banyak sebabnyer... antara sebab-sebab kebaikan deodorant ADIDAS ACTION 3adalah ia memberi lebih perlindungan pada bawah lengan, menyerap kelembapan peluh dan juga mengawal bau badan yang agak menjengkel kan (aku rase nie bahasa jawa kot...sori kalau salah hehehe...)


So sesuai la sekiranyer ADAM memakai deodorant yang sangat berkualiti dan sangat berguna nie...dengan pergerakannyer yang aktif aku sangat berkeyakinan ADIDAS ACTION 3 sangat sesuai dengan ADAM AF2...

So nie la yang aku sempat create untuk contest kali nie..kelam-kabut gak la nak buat yela sebab dah terlambat sangat rasenyer...aku harap sangat dapat menang kali nie...

untuk buktikan keaktifan ADAM AF2 nie aku persembahkan dari video ADAM











Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Sunday, May 23, 2010

Panduan Adab Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
dihantar oleh: Uwais al-Qarani

Thursday, May 20, 2010

HaPPy MorNinG

dalam kesempatan nie untuk beberapa minit lagi sebelum aku bergerak ke Pontian coz ader meeting saya nak post wish morning kepada pengunjung2 blog saya...ape yang diharapkan anda semua tak jemu untuk kunjungi blog saya nie k...because anda semua la sahabat dan pengunjung yg setia...thank's so much



Sedikit kata2 pagi dari saya :

Biar apa jua keadaan fizikal seseorang kawan, teman, atau sahabat itu
ianya tak menjadi halangan....
kerana keikhlasan wujud dari hati
bukan dari keadaan fizikal seseorang itu.
setiap kekurangan pasti ada kelebihan.....!

u're my frenz forever and ever............




Tuesday, May 18, 2010

contest SENYUMAN PALING MENAWAN~

aku minat betul ngan contest yang menarik2 nie..kali nie aku masuk contest SENYUMAN PALING MENAWAN ~..tak tahu la SENYUMAN aku nie terpilih ke tak eik...cube je la...

menawan sungguh senyuman dalam gambar di bawah nie kan..


untuk pengetahuan SENYUMAN kat gambar diatas adalah milik chentazetty...contest nie juga adalah hakmilik chentazetty.... so kalau nak masuk contest nie kne jadi follower chentazetty k...

untuk contest nie aku telah ditagged oleh mialiana yang merupakan ofismate yang menjadi rakan kongsi ape pun (termasuk sesama join contest project alpha)... so kali nie pun kteorg join gak contest SENYUMAN PALING MENAWAN~...

k syarat2 yang telah ditetapkan oleh cik zetty kite adalah seperti berikut nyeeee :

1:contest nie terbuka tuk semua peringkat umur.

2:1 gambar je( GAMBAR ANDA)...sape masukkan lebih2 otomatik akan di rejek oleh ai...*hahhahahha gelak jaat*

3:gambar mestilah senyum yang memang ikhlas.....senyum lebar 2 da max... =)

4:gambar BERSEORANGAN..... (kalau atok nenek nk join tgu next contest k)

5:mestilah menjadi follower miss chentazetty

6:sediakan entri khas contest ini dalam blog u all n link kan kepada ai...

7:senangkan????? jgn lupe tag kan kawan2 anda minimum 4org... (kalau follower anda xramai boleh di maapkan..) make sure org anda tag 2 tau bahawa dia telah di tag...

Now, saya nak mempamerkan SENYUMAN yang keluar dari hati saya yang ikhlas nie...jeng..jeng..jeng


so explaination nape senyum??? antara sebabnyer saye nie murah senyuman (yela senyum tue kan satu sedekah)...antara sebab lain adalah kerana nak amik gambar la..(confirm kebanyakkan orang nak amik gambar mesti senyumkan...hehehe..jgn mare)..

sebenarnyer antara sebab utama (brp banyak antara daaa) adalah nak join contest dari chentazetty la dan jadi follower cik zetty gak...harap2 la dipilih oleh cik zetty k...(harapan menggunung tueee)

so, sekarang aku nak followers aku yang lain untuk join contest nie..memandangkan dalam syarat hanya memerlukan aku pilih 4 orang saje,so 4 orang jer la yang aku pilih (maaf ye pada yang tak terpilih)...mari kte lihat sape yang ditag...

1. yan
nie la 4 orang terpilih..so jangan tunggu lagi sertai la contest chentazetty nie SENYUMAN PALING MENAWAN ~

SERTAI SEGERA MEMANDANGKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN TELAH HAMPIR IAITU 20 MEI 2010..sempat lagi nie...

Who Will Win the World Cup?

Soalan PROJECT ALPHA kali nie memerlukan aku memilih sape yang akan menang WORLD CUP pada 2010 nie..

Dengan tidak berlengah2 lagi aku memilih BRAZIL... ikutkan aku tak lah sangat mengikuti sal world cup nie tapi kali nie aku bersemangat untuk amik tau sal world cup nie..yela mane tau boleh menangkan…insyallah..


K la sekarang nie aku jelaskan la nape la aku pilih BRAZIl nie..ala kalau tak citer pun semua tau kan nape dan confirm semua kenal ngan pemain-pemain yang sangat bersinar (yang kenal tue mesti la peminat BRAZIL kan)…

walaupun aku tak tau sangat tapi yang aku dengar-dengar la kan BRAZIL nie merupakan pasukan bola sepak yang terunggul dan sangat berpotensi dalam arena bola sepak..kalau korang nak tau (tapi mesti dah tau sebelum aku kan…hehehe) BRAZIL nie dah telah menjuarai WORLD CUP sebanyak 5 kali dan telah bermain sebanyak 92 games…

wah!!! Memang tak confirm tak boleh lawan punyer…mungkin ngan semangat warna KUNING dan HIJAU yang sememangnyer menjadi warna kegemilangan BRAZIL, menjadikan BRAZIL berupaya untuk menjadi pasukan yang terhebat dimata dunia…

Dengan ader nyer pemain-pemain yang menjadi tunggak BRAZIL seperti RONALDINHO , penjaga gol nyer JULIO CESAR serta pemain lain aku yakin BRAZIL boleh menjuara untuk tahun 2010 nie…

Tue la antara reasons aku yang meyakinkan aku memilih BRAZIL..

* Sekiranyer fakta diatas salah jangan gelakkan tau…aku memang budak baru nak tahu..hehehe..kepada peminat BRAZIL sori yeee…


menarikkan PROMOTION PACK di atas..harganyer pun berpatutan dan boleh didapati di GIANT, GUARDIAN, TESCO dan banyak tempat lagi..sempena WORLD CUP 2010 nie project alpha telah mempromosikan PROMOTION PACK nie..nak tau lebih lanjut sila layari http://projectalpha.com.my/promo/



Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Wednesday, May 12, 2010

How Many Wiggies?

Jom kite kire sape yang kne.....
kirenyer...kire akhirnyer aku dapat jawapan untuk keseluruhan jumlah p1w1max yang ade kat dalam gambar di atas
and
The number of wiggies are 220










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

RG09... Halal / Haram : Reply from JAKIM

Berkongsi maklumat dengan semua....

Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station 2)Kam Lun Tai 3) Lotus Family

Restoran Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
1) San Francisco Steakhouse 2)Chicken Rice shop 3)Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Nora ini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hannya harus bagi
yang berpenyakit sahaja.
2. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua
4. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5. Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan.

Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYEatau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.

Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam K wan 's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese) , Chin oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM,Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halalJAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

Tuesday, May 11, 2010

YAAHOOO...AWARD LAGI


Terima kasih kepada kak mia ku sayang coz berbesar hati untuk anugerahkan aku AWARD yang sangat berharga dan bernilai nie...bangganyeee

So, dengan anugerah yang saya dah dapat nie kali nie saya nak menganugerahkan pulak
kepada 5 follower yang terpilih..

NOW I WANT TO ANNOUNCE THE WINNERS GOES TO....


1. eja eardiani
2. kelyza
3. fikaryna
4. misz_zana'85
5. sheyPULL

TAHNIAH!!!

kepada semua yang terpilih.minta maaf yang tidak dipilih...saya akan pilih yang lain pada AWARD akan datang..jangan putus asa dan jangan jemu datang ke blog saya lagi..

dengan nie sesiape yang menerima AWARD nie, sila la membuat entry dan berikan kepada
5 blogger yang lain untuk terima AWARD nie k..

untuk penghargaan leave your comment in my blog k..
thank you..

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL - yang besarMenunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti - Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip - Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

HARI BELIA NEGARA 2010

PELUANG BESAR!!!!!!


Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan satu pertandingan iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara bermula dari 14 Mei hingga 16 Mei 2010. Ia terbuka kepada belia yang mempunyai Blog sendiri untuk diperkenalkan dengan meluas. Sebanyak 50 Blog yang paling kreatif akan dipilih untuk menerima Sijil Penyertaan. Program ini dianjurkan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2010.

Aku rase nie adalah peluang terbaik untuk aku menyertai pertandingan nie..memandangkan sokongan padu dari blogger mialiana menjadikan aku bersemangat untuk sesama menyertai program nie. Dari sudut pemikiran yang positif, program yang dianjurkan nie sememangnyer satu program yang amat membina dan menguji kreativiti kite dalam dunia blog. Dengan adernye pertandingan nie, ia telah memberi lebih semangat untuk meneruskan penglibatan kite dengan blog.

Selain itu, kite juga berpeluang untuk berkenalan dengan blogger lain dan nie juga satu perkara yang sihat kerana kite boleh bertukar2 pendapat dan idea dengan mereka.

Program nie juga disokong oleh Persatuan blogger iaitu Information technology youth movement yang mane berperanan untuk menyediakan satu platform untuk blogger agar perjuangan yang dilakukan secara individual tadi dapat bergerak dengan lebih ramai dan bermatlamat didalam satu persatuan belia yang berdaftar.


Persatuan ini boleh dikatakan setaraf dengan belia 4B, rakan muda dan sebagainya malah pergerakannya lebih unik dan adalah persatuan yang pertama di Malaysia yang menggunaan IT sebagai medium pergerakan.

Berlatar belakangkan Pengerusi sebagai peneraju Persatuan ITYM nie iaitu saudara Khaireel azlee yang telah dianugerahkan sebagai anugerah tokoh belia inovatif atas pencapaian beliau menubuhkan Information technology youth movement, maka kite sebagai blogger nie perlu berkeyakinan dengan kemampuan fungsi yang didukung oleh ITYM nie.

So, marila kiter mendaftarkan blog kite dengan persatuan yang dikira boleh menjadikan blog kite lebih maju ke hadapan.

YANG MENARIK, 50 blogger yang terpilih melalui blog yang paling kreatif nie akan menerima Sijil Penyertaan yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri kite iaitu YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Datuk Seri semasa perhimpunan Hari Belia Negara di PICC, Putrajaya yang akan berlangsung pada 15 Mei 2010.


So, kepada semua blogger mari beramai-ramai menyertai pertandingan HARI BELIA NEGARA 2010 nie.. sila layari http://itym.blogspot.com/2010/05/creative-youth-blog-hari-belia-negara.html

Sunday, May 9, 2010

Shaolin Tiger for the Adidas Ole KO Challenge!

Who The best player and will be winner for futsal match between group season 1 and season 2 project alpha?

Untuk pengetahuan semua, saya berbesar hati memilih SHAOLIN TIGER....nape SHAOLIN TIGER eikk???

kalau kite tgk dari fizikalnye pun kite boleh yakin yang die boleh menjadi pemain terbaik. dengan badan yang tegap, tinggi dan stemina yang kental membuatkan saya memilih SHAOLIN TIGER sebagai blogger yang akan menang...kalau kite tgk gambarnye, menampakkan muka yang sangat confident..

Namanyer juga menunjukkan dia seorang yang kuat iaitu menggunakan nama TIGER yang sememangnyer kite tau TIGER binatang yang garang dan kukunyer yang tajam untuk mencengkam ape pun rintangan dan halangan…tue sebab saya berkeyakinan bahawa SHAOLIN TIGER boleh memenangi futsal match nie…dengan kakinyer yang nampak tegap dari pandangan gambarnyer sememangnyer tendangannyer boleh menjaringkan score yang banyak..

Die juga mengamalkan pemakanan yang sihat dan nie satu pakej sebagai pemain yang terbaik…SHAOLIN TIGER begitu kuat untuk mengatasi pemain pihak lawan…

Dengan sokongan ADIDAS yang telah menganjurkan perlawanan nie, saya yakin SHAOLIN TIGER akan lebih bersemangat untuk bermain dengan baik…ADIDAS banyak menganjurkan perlawanan2 antaranyer perlawanan futsal nie…futsal sememangnyer pemaianan yang disambut baik oleh semua golongan tak kire tua dan muda..perlawanan nie juga satu cara untuk menggabungkan pemain-pemain yang lain dan ia satu sukan yang sihat…

So, untuk sokongan semua mari kiter beramai-ramai menyaksikan perlawanan futsal nie yang akan diadakan di Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, pada Friday May 21…TERUTAMANYER AKSI SHAOLIN TIGER

GO..GO..GO.. SHAOLIN TIGER

MAJU SUKAN UNTUK SEMUA..










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Catch the Project Alpha bloggers at the Adidas Ole KO road show at Centre Court, Mid Valley Megamall, Friday 21 May at 7.30pm!



Saturday, May 8, 2010

DAPAT AWARD


Award nie dikhaskan kepada..jeng..jeng..jeng....



AZAZIAH

YAHOOOO...


Alhamdulillah...aku dapat award lagi....aku rase nie yang award yang kedua...award nie dianugerahkan oleh eja_polaris...tq eja....

Harap2 aku dapat award lagi akan datang..Award nie akan aku hargai dan diabadikan sebagai satu semanfgat untuk aku terus aktif dalam dunia blog dan menjadi blogger terbaik..Insyallah..

Sekarang diumumkan penerima anugerah seterusnye adalah kepada....

semua follower yang telah tersenarai

tahniah kepada semua k...

Terima Award nie seadanyer k...

Thursday, May 6, 2010

PERHATIAN!!!!!!


Salam kepada semua kekawan...post entry nie aku nak berniaga dan memperkenalkan korang dengan produk TUPPERWARE yang aku perna citer kat post sebelum nie...


Untuk pengetahuan semua, nape aku perkenalkan produk nie adalah disebabkan kualitinyer yang sangatberkaliti dan kukuh...selain tue, reka bentuk dan warna yang dicipta memang diakui sangat menarik... selama aku kenal TUPPERWARE nie, ia sememangnyer produk yang pelbagai gune...cam2 kite leh gune kan dengan TUPPERWARE...lagi pun sekarang nie TUPPERWARE ada pelbagai produk dari tempat simpanan makanan, peralatan yang digunakan khusus untuk memasak hinggalah penjagaan muka dan tubuh badan kite..pendek kata macam2 ader la...


Sebenarnyer aku promote nie just nak bantu MAK AKU untuk Berjaya dalam bidang perniagaanyang die minat (HARAP dapat sambutan yee .. saya harap sokongan anda semua)


Untuk PERTAMA....


kali nie aku nak kenal TUPPERWARE yang dikhaskan untuk simpanan ape2 juga makanan...tupperware nie KEDAP UDARA dan bentuknyer sangat besar sesuai untuk sumpanan lauk2 yang berkuah ke, keropok ke, nasi dan biskut dengan kuantiti yang banyak...selain tue boleh gak simpan barang dapur yang kering....
walaupun harganyer leh tahan mahal tapi kualiti barangnyer tidak tertanding dengan yang lain...harga tupperware nie sangat berpatutan sangat...


* k kalau sesiape berminat tupperware nie aku ader stoknyer sekarang....so, leh tinggal kan comment then baru aku bagi maklumbalas seterusnyer k...

kat bawah nie adalah SAMPLE tupperware tersebut..




nie cara2 utk buka n tutup tupperware tersebut

Price : RM 53.90


selain bentuk seperti gambar di atas, ia juga ader bentuk yang lain.


pilihan warna adalah biru, merah dan merun


* Kepada sesiape yang berminat dengan tupperware yang bentuk lain leh juga order dengan aku n untuk wat pilihan tersebut leh layari laman web nie http://www.tupperware.com/

* Untuk tempahan leh e-mail kepada saya di honey_taurus2000@yahoo.com :

1. Nama
2. No. K/P
3. Alamat
4. No. tel (akan dihubungi untuk pengesahan)



JAMIN PUAS HATI LA...
SOKONGAN ANDA SEMUA SANGAT DIHARGAI..TERIMA KASIH

HARI KERAMAT

YAHOOOOOOOOO.....

Syukur...Alhamdulillah...kesyukuran yang dapat ku panjatkan kepada Allah yang telah memberi aku rezeki lagi....arinie aku dapat keputusan contest dari Project Alpha yang mane aku telah MENANG lagi...

terima kasih PROJECT ALPHA dan NUFFNANG...bagi peluang kat aku untuk mencari pendapatan sampingan dari contest2 yang telah dianjurkan... ini membuatkan aku semakin bersemangat untuk aktif dan sentiasa nak update BLOG....

aku dah MENANG 3 contest iaitu


1. Alpha S2 Instant Cash - Week 8(b)
azaziah
127238400028 Apr 2010
127255680030 Apr 2010
20.00

2. Project Alpha S2 Instant Cash - Week 9(a)
azaziah
127307520006 May 2010
127316160007 May 2010
20.00

3. Project Alpha S2 Instant Cash - Week 9(b)
azaziah
127307520006 May 2010
127316160007 May 2010
20.00

HAPPYYYY sangat2...

SELAMAT HARI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan .... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada.....MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Wednesday, May 5, 2010

BONDA TERSAYANG

ari tue aku dah citer sal my father...so, arinie aku nak citer MAK aku yang tersayang lak (yela sambil2 tunggu wat keje la katakan)...citer nie adalah luahan dari hati aku yang ikhlas dan bukanla rekaan semata2 antara yang hidup atau yang mati k...

Sempena HARI IBU nie, Luahan yang aku coretkan nie nak menunjukkan yang aku sangat menghargai segala pengorbanannyer selama aku di dalam perutnyer hingga la aku lahir melihat dunia sehingga kini...same juga cam korang kan...MAK aku adalah segala2nyer bagi aku

Ape yang aku boleh citer kan sal MAK aku, die nie seorang yang sangat penyayang, prihatin dan tegas...sikapnyer yang kami adik-beradik tak boleh lupekan adalah "LETERANnyer"..(kalau dah meleter dari pagi ke malam, malam ke pagi...hehehe)...sori MAK...hehehe...tapi kalau tak dengar leterannyer rindu lak...walaupun MAK seorang yang tegas tapi die seorang yang kelakar gak...lagi 1 sikap die yang berani mencuba dan berani menghadapi rintangan yang datang membuatkan aku sangat mengaguminyer....MAK juga selalu memberi bimbingan dan menanamkan semangat kepada kami untuk terus menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...yelah MAK mane yang tak nak tengok anak-anak dioerg berjayakan...

MAK memang kuat semangat dalam ape juga bidang yang dilakukan...yang aku kagum sangat MAK boleh menyambung pelajarannyer untuk memperolehi DIPLOMA JURURAWAT semasa umurnyer pertengahan 40an...walaupun umur MAK paling tua dalam group namun MAK masih boleh bersaing dengan rakan2 nyer yang muda...MAK aku nie juga aktif orangnyer..die minat untuk menceburi bidang PERNIAGAAN..sekarang nie (dah pencen) MAK ader buat perniagaan direct selling secara kecil-kecilan...

APA PERNIAGAAN DIRECT SELLING yang MAK aku buat???

IA adalah TUPPERWARE....MAK aku kire aktif gak la..tapi tak aktif macam dulu...kalau dulu MAK selalu kuar buat PARTY TUPPERWARE (nak dapat sell tertinggi la katakan) sehingga la MAK bergelar MANAGER TUPPERWARE...masa tue la die happy sangat sebab perlantikan die akan diadakan di SYDNEY, AUSTRALIA (tapi kne buat target jualan la)...target punyer target MAK aku berjaya dapat pegi ke sana...pada tahun 1996 MAK aku telah menjejaki SYDNEY, AUSTRALIA....tapi MAK sorang jer yang pegi...sedih gak mase tue kne tinggal selama seminggu..mase tue lak cuti sekolah so ABAH la yang bawa kteorg pegi jejalan walaupun cume makan kat warong depan umah jer (leh la dari tak jalan teruskan..hehehe...) terima kasih ABAH..

Sehingga arinie MAK still jual TUPPERWARE...ape yang aku boleh katakan TUPPERWARE nie walaupun harganyer mahal tapi berpatutan dan setanding dengan barangannyer yang sangat berkualiti...kukuh,kedap udara, bentuk dan warna menarik dan sentiasa mengikut peredaran zaman (pendek kata UP TO DATE la)...sekarang pun aku tengah tolong MAK menjual TUPPERWARE (bukan jadi dealer cume tolong2 jual jer..support dari belakang jer)...

Semua nie MAK aku lakukan untuk membantu ABAH meningkatkan pendapatan demi menyara kami...walaupun kehidupan kami sekeluarga dalam sederhana tapi MAK sentiasa memberi yan terbaik kepada kami...seingat aku la mase kami kecil2 dulu time cuti sekolah jer MAK n ABAH akan bawak kteorg bercuti....kalau time dapat gaji mesti pegi makan kat luar....

Berbagai2 cabaran dan dugaan MAK dan ABAH harungi demi membesarkan kami 4 orang adik-beradik...walaubagaimanapun MAK n ABAH tetap tempuh dengan kesabaran dan ketabahan...Pengorbanan yang mereka lakukan sangat bernilai dan tak terbalas ....

nie gambar2 MAK kesayangan aku..cantik tak... (cam anak die kan...hehehe)

manis tak senyuman MAK aku.. :)
ooo...manisnya...manisnya senyumanmuuu..



tapi kalau mare...ni lak wajahnye..garang kan..


MAK n nor adik no.2

kepada MAK







There is a place in the HEART where THOUGHTS become WISHES

And WISHES become DREAMS! It's a place where anything is possible

Only if we BELIEVE.

There are 6 things to believe in for a happy, successful life:

Believe in your FAITH ... GOALS ... LOVE ... FAMILY ... YOURSELF...

And most importantly,

Believe in GOD!

Have a Good Day& God bless