Thursday, April 29, 2010

BORINGNYERRR...


arini aku nak citer lak hari KESEDIHAN....

semalam detik 8.45 mlm aku mula dirundum kesedihan yang tak dapat dikawal...yela mane tak nyer husband kesayangan aku balik ke negeri tempat die bertugas untuk memulakan tugas die arinie..sedih yang amat melampau....

hanyer 2 arinie jer kiteorg dapat bersama...jumpe lagi pun 2 minggu akan datang...rasa lambat sangat masa berlalu...rase semalam tak nak bagi die balik jer... tapi ape pun sekarang nie aku kne paham tugas die...bukan die bersuka ria kat sana...

rase boring yang tak terhingga arinie..walaubagaimanapun petang nie aku balik kg aku jumpe MY LOVELY PARENT lak...so leh la ilang rase boring n sedih tue...coz kalau jumpe My PARENT nnti macam2 aku citer...sal aktiviti harian aku...pendek kata tebal telinga dieorang dgr..hehehe..

Rase cam tak sabar nak balik...aku balik drive sorang2..yela aku kne banyak berdikari sepanjang ketiadaan husband di sisi...kalau tak susah kan kalau setiap benda nak harap kan orang sekeliling...aku nie kalau leh tak suka menyusahkan orang lain...lebih baik kiter gerak sendiri je kan..

Tapi walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dan redha dengan ketentuan yang ALLAH dah tetapkan untuk kite..semua nie ader rahmat n hikmahnyer...yang penting KESABARAN...

BACA TAU...AMAT PENTING

"KENALI TANDA-TANDA AWAL BARAH"


Salam semua...

Memandangkan arini waktu rehat yang diberikan agak lama (coz hari JUMAAT), so saya luangkan masa membaca majalah SERI DEWI & KELUARGA (pinjam dari member ofis)..macam2 artikel yang kite boleh dapat dari majalah nie coz majalah nie menyalurkan pelbagai informasi. antaranyer yang boleh kite perolehi pasal kesihatan, petua, info kecantikan, info kekeluargaan n macam2 lagi la... (so kepada kekawan beli la majalah nie untuk mendapatkan informasi yang mungkin boleh menjadi panduan dalam kehidupan kite k)..
Belek punyer belek, saya terbaca 1 artikel di ruang IFO SIHAT berkenaan "KENALI TANDA-TANDA AWAL BARAH"...bagus juga artikel nie coz die bagi beberapa AMARAN untuk kenali barah bagi mencegah dari berebak ke seluruh tubuh badan...yela sekarang nie macam2 penyakit yang kita tahu tapi dah tahap KRITIKAL...

Bagi kaum wanita barah yang paling ditakuti semestinyer BARAH PAYU DARA kan... tapi sebenarnyer bukan barah tersebut jer yang kite perlu berjaga2 tapi terdapat hampir 10 jenis BARAH yang telah dikenalpasti dan antara yang jarang kite dengar seperti BARAH PERUT, PARU-PARU dan KOLON. Sebenarnyer barah boleh dirawat jika pemeriksaan awal dibuat dan tindakan lanjut diambil segera....

So, dengan ape yang saya baca terdapat 10 AMARAN awal kanser yang nak dikongsi bersama..Baca ye..

1. Perubahan dalam corak pembuangan air besar atau pun kecil yang tidak stabil dan ia berterusan selama 2 - 3 bulan..

2. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian tubuh badan..

3. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang serta diikuti dengan rasa sakit..
4. Sakit berterusan dan tidak merasa selesa pada bahagian abdomen..

5. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat..

6. Luka atau bisul yang tidak sembuh, bertukar warna, berdarah atau ulser..
7. Keluar darah daripada bahagian hidung. Selain itu, telinga juga terdengar bunyi yang tidak menyelesakan..
8. Perut rasa senak dan mengalami kesukaran untuk menelan..

9. Suara menjadi serak dan batuk tidak berhenti melebihi dua minggu..

10. Badan berasa amat letih malah berat badan juga menurun secara mendadak dalam jangka masa 3 - 6 bulan..


* nie la antara 10 AMARAN yang boleh dijadikan panduan bagi mengatasi kesihatan kite..so, sekiranyer ader tanda-tanda di atas yang anda rasa ader pada anda, segera dapatkan rawatan DOKTOR untuk pemeriksaan awal...

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT"





TIP's Bertengkar Secara Positif

Harini saya nak berkongsi beberapa "TIP'S untuk bertengkar secara positif"...tip's nie pun saya dapat melalui e-mail yahoo yang difikirkan boleh kita kongsi dan praktik kan bersama...

TIP's Bertengkar Secara Positif


1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

So, nie la antara TIP's yang saya baca..so kepada semua jagalah perhubungan kite sebaik mugkin...sebenarnyer ALLAH dah pilihkan pasangan yang sesuai ngan kite cume kite kne berusaha camner nak mengenali pasangan kite...yang pasti doa kite sendiri untuk kebahagian kite adalah sulaman bagi ikatan hubungan kite n pasangan kite..




Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk www.books.perintis.com.my. Sebab Artikel di atas nie dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami.

SELAMAT HARI SAHABAT SEDUNIA


SAHABAT,

“Tegur saya jika saya mulai sombong, tegur saya jika saya mulai angkuh, tegur saya jika saya salah kerana saya masih sangat perlukan sahabat seperti kamu, hari ni, esok & selamanya”

“SELAMAT HARI SAHABAT SEDUNIA”

Sahabat yang sejati adalah sahabat yang kita boleh percayai dalam menyimpan rahsia kita ;
Sahabat yang sejati adalah sahabat yang kita boleh berkongsi kegembiraan ;
Sahabat yang sejati adalah sahabat yang kita boleh berkongsi kesedihan ;
Sahabat yang sejati adalah sahabat yang tidak akan membiarkan kita seorang diri tatkala kita bersendirian

Kawan adalah kawan yang tidak boleh menyimpan rahsia kita ;
Kawan adalah kawan yang hanya akan berkongsi kegembiraan di saat kita senang
Kawan adalah kawan yang tidak akan bersama kita di saat kita ditimpa musibah
Kawan adalah kawan yang tidak akan bersama kita bilamana kita bersendirian

Carilah SAHABAT dan bukan KAWAN …. Kerana sahabat akan menangis bersama kita tetapi kawan hanya akan ketawa bersama kita … ingat-ingatlah!!!

Wednesday, April 28, 2010

Happy nyeeeee

Bagi aku harini hari yang paling gembira bagi aku...ader 2 benda yang buat aku happy sangat..



Firstly aku nak citer perkara yang paling bermakna bagi aku...bangun pagi jer aku dah dapat call dari my husband yang die dah sampai kat JB dan suh aku amik..walaupun mata aku mengantuk tapi aku tetap segar bangun untuk amik mylovely husband (jangan mare..hehehe..)..Ikutkan aku tido lewat semalam coz update blog la nie (camner blog kite cantik tak dengan hasil study sendiri..:)..so singgah2 la kt blog kite yee..)

Arini gak semua aktiviti bersama mylovely husband..breakfast sama..lunch sama dan macam2 lagi la (tapi time keje is time keje k..tak ponteng tau..tetap pegi keje gak..)..

citer kedua kenapa aku happy sangat arini sebab aku menang dalam contest Project Alpha Season 2..bestnyerr.sebab dalam account aku telah dicreditkan sebanyak RM20...Alhamdulillah..syukur dengan rezeki Allah..

atas dorongan nie, aku akan sentiasa aktif dalam PROJECT ALPHA nie..So arini ader contest baru iaitu "THE ROAD TRIP WITH BROADBAND"..kali nie pun aku nak try dapatkan hadiah RM20 tue lagi (Doakan ehhh)..aku nak kumpul duit tue sebagai simpanan..bak kata pepatah "sikit2 lama2 jadi bukit kan"..yang penting tunggu dan sabar dan juga usaha dengan gigih..

So kepada semua kekawan meh la join PROJECT ALPHA nie..boleh bawak untung tau kalau kite tul2 berusaha dapat kan...yelah bukan mudah nak dapatkan sesuatu keuntungan tanpa usaha kan..

Inilah citer2 aku arini...semuanya yang sangat menggembirakan..bahagia rasanyer lagi2bersama husband selama dua harini..

Balik nie aku dah plan nak jejalan dengan die..nak memanfaatkan masa yang ader (sian kan..orang sekali sekala jumpe..sedih tau..hehehe)..tak sabar nak balik nie..

Road Trip with My Broadband



Project alpha kali ini nak kite citer tentang “Road Trip with My Broadband”. Untuk pengetahuan semua fungsi broadband P1W1max boleh digunakan dimana sahaja kita berada…Dengan adanya broadband P1W1max kita boleh akses internet dekat mana sahaja..kita boleh dapatkan maklumat sekiranya kita perlukan..




Buat masa ini saya menggunakan khidmat broadband P1W1max sebagai satu cara untuk dapatkan maklumat dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan “system web-based”..

Ini adalah kerana tugas saya banyak berkaitan dengan “system web-based” yang memerlukan saya sentiasa mengemaskini maklumat di dalam system.. broadband P1W1max juga boleh mengakses pelbagai laman web yang saya kehendaki seperti mencari tempat penginapan untuk berbulan madu, membaca suratkhabar secara online dan macam2 maklumat lagi.. Selain itu, kita juga boleh menggunakan internet untuk pelbagai bayaran.

Memandangkan saya mempunyai blog sendiri maka saya boleh menggunakan perkhidmatan broadband untuk mengemaskini my blog..jadi saya tidak ada masalah untuk mengakses dimana sahaja. Semasa saya bercuti, saya juga boleh berhubung dengan keluarga melalui line 3G yang menggunakan internet.. Walaupun saya berjauhan dengan suami namun saya tetap boleh menggunakan perkhidmatan broadband untuk mengakses internet seperti 3G juga

Lagi pulak pembayaran bulanan broadband P1W1max ini sangat berpatutan dan tidak terlalu mahal…broadband ini juga mempunyai pelbagai pakej. Jadi sekiranya seseorang pelajar memerlukan broadband maka mereka tidak perlu membayar bulanan terlalu mahal kerana terdapat pakej student..

So..kepada semua miliki broadband P1W1max sekarang bagi memudahkan segala pelaksanaan yang hanya boleh menggunakan internet.









Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Saturday, April 24, 2010

Terima kasih...

tengok gambar cekodok tue...ape perasaan anda...mesti kecorr kan...sedap dimakan bile2 masa jer lagi2 time hujan...bau jer dah cukup mengiurkan...ummmmphh...sedapnyer...

terima kasih la kepada sharmila yang sudi tag cekodok nie kat akak...tepat la ms antar time tengah lapar nie..hehe..
cekodok pisang nie mmg menjadi kegemaran ramai termasuk aku sekali...makan cekodok dengan air kopi...mesti sedapkan...lagi pun nak wat bukan ssh sgt pun..hidangan yang sesuai time petang...ader pisang n tepung n nak lebih gebu bubuh skit baking powder dah leh wat...
walaupun dah cam nak tengah hari nie, aku tetap nak tag cekodok pisang ni kat sesiape yang berkenaan :
1. Osha
2. atin
3. eja
4. mia_liana

kepada anda yang tersenarai kat atas tu..
sila la buat entry ni ye..

syarat2:-

1. copy gambar cokodok kat atas tu..dengan bau2 die sekali..
2. sebutkan nama penghantar cokodok tersebut..
3. bagitau kenapa cokodok pisang menjadi sarapan pilihan anda..
4. tag game ni hanya boleh di post pada waktu pagi sahaja... "before noon"..
5. last sekali, tag game ni kepada 4 rakan2 anda yang lain..

nie jer syarat2 untuk wat entry...cube la...mane tau dapat cekodok tul2...
TERIMALA CEKODOK nie k...

JOM HEBOHHHH...


Penat tul arini..mane tak nyer pepagi dah berjalan kat JOM HEBOHHH.. mula2 tue cam malas gak nak pegi sebab pk mesti ramai orangnyer (JOM HEBOH la katakan...tapi ats sokongan kekawan(cewah!!!sokongan tue..hehehe)aku gagahkan gak walaupun tengkong aku sedang mengalami sedikit ketegangan dari ari jumaat lagi (Siankan tanggung sendiri kesakitan..sedih la plak)...

Sebenarnyer yang beria2 sangat pepagi dah gerak nie, sebab kawan aku satu umah (Ayu) bertugas kt JOM HEBOH tue...kt booth JABATAN PERANGKAAN (So.. beramai2 la datang ke booth tue k)..kt booth tue cam2 ader..diantaranyer JAWATAN KOSONG untuk jawatan PENYELIA dan PEMBANCI untuk bancian tahun 2010...(so sesapa berminat pegi ke booth JABATAN PERANGKAAN untuk dapatkan borang dan penerangan lanjut)..Sebenarnya sesapa yang dah keje pun leh daftar gak...sebab jawatan tue untuk kontrak sepanjang bancian jer...sesapa yang nak wat income tambahan leh daftar untuk keje part time...
(ape2 hal SILA BERHUBUNG dengan JABATAN PERANGKAAN untuk penerangan lanjut)

k dah abis promote JABATAN PERANGKAAN sekarang aku nak citer tentang suasana kt JOM HEBOH lak...leh tahan ramai gak la pengunjung..sesak giler...yela mane tak nyer JOM HEBOH nie kan setahun sekali kat setiap NEGERI..tue yang bile sampai turn negeri tue, ramai yang tak sabar2 nak pegi..lagi pun bile time JOM HEBOH nie banyak gak la barangan dipasaran dijual murah secara bundle...tue yang berpusu2 orang datang beli..

arini jer aku dah abis RM30 beli barangan..bukan barang ape sangat pun..cume beli bedak compact silkygirl 2 way foundation RM10, minuman DUTCHLADY RM10 dan snek produk MASTER POTATO's RM10..leh kata setiap barangan tue dapat beg...

- nie la barang yang aku beli kt JOM HEBOH (leh wat stock sebulan nie..hehehe)

(bedak nie wat stock sebab bedak sedia ada dah nak abis..so sementara murah belila)

(snek nie leh bawak time nak g kl petang nie..jimat skit bwk bekal)

(minuman kegemaran aku nie pun aku nak bwk g kl..yela sok yela wat breakfast kt hotel)


cuaca agk baik walaupun pagi tadi hujan renyai sekejap (Alhamdulillah tak hujan lebat).. pengunjung pun makin ramai yang datang ( yela time2 cuti nie la time nak bersama ngan family..bawak keluarga jejalan)...

kalau nak jumpe artis, datang la masa MELODI onair nanti dalam kul 12.30 tgh/hari...leh jumpe FAFAU dan WAHID...MALAM nie lak jangan lupe konsert JOM HEBOH sebagai penutup...

k la kalau nak tau ape jer yang ader kat JOM HEBOH nie...datang la berama2 dan rasakan sendiri kemeriahannyerr...pendek kata MACAM2 ADA..

aku pun dah kurang idea nak create ayat nie...lagi pun nak berkemas lak sebab petang nie dah kne gerak ke KL lak..penat nyerr..

* PERINGATAN : Kepada semua yang datang ke JOM HEBOH, berbelanjala dengan berhemah dan berpatutan k..jangan ikut nafsu

Thursday, April 22, 2010

Hari-Hari SUNAT dan MAKRUH Memotong Kuku

SUNAT memotong kuku pada hari-hari berikut:

1. JUMAAT - Nescaya keluar dosa masuk pahala dan rahmat;
2. ISNIN - Nescaya keluar gila dan penyakit masuk sihat; dan
3. KHAMIS - NEscaya keluar penyakit dan masuk penawar.

manakala

MAKRUH memotong kuku pada hari-hari berikut:

1. SABTU - Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk penyakit;
2. AHAD - Nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan;
3. SELASA - Nescaya keluar sihat dan masuk penyakit; dan
4. RABU - Nescaya keluar was-was dan masuk kepapaan.

* Berdasarkan keterangan di atas menunjukkan bahawa HARI-HARI BAIK memotong kuku ialah hari ISNIN, KHAMIS dan JUMAAT. Hari yang paling afdhal ialah hari JUMAAT. Sementara HARI-HARI YANG KURANG BAIK ialah hari SELASA, RABU, SABTU dan AHAD

Hukum Mengecat dan Memotong kuku

1. MENGECAT KUKU HUKUMNYA HARAM

Kebiasaannya perbuatan mengecat kuku itu dilakukan oleh wanita yang sengaja menyimpan kuku panjang untuk tujuan kecantikan.
Sesungguhnya cat kuku yang berwarna merah yang dijual dikedai2 solek ialah suatu BAHAN KIMIA yang BOLEH MENGHALANG AIR daripada meresap pada permukaan kuku atau kulit. Sekiranya cat itu disapu sebelum mengambil wudhuk atau sebelum mandi hadas besar, maka ia menyebabkan wudhuk dan mandi hadas besar TIDAK SAH.

Hukum perbuatan itu adalah HARAM, kerana apabila wudhuk TIDAK SAH maka SOLAT pun TIDAK SAH.


2. SUNAT MEMOTONG KUKU

Sekiranya kita mewarna kuku dengan alat yang boleh menyerap air seperti INAI maka TIDAK SALAH. Tapi sekiranya dengan alat SOLEK KUKU yang TIDAK boleh diserap air maka ketika hendak berwudhuk dan mandi hadas besar WAJIB dibuang dan dibersihkan terlebih dahulu.

Hadis yang berkaitan dengan memotong kuku ialah yang diriwayatkan dari SITI AISYAH. Katanya bahawa RASULULLAH SAW bersabda, maksudnya; " Ada 10 macam fitrah (kebiasaan) manusia, iaitu; menggunting misai, memanjang (menyimpan dan memelihara) janggut, bersugi, menyedut air ke dalam hidung, MEMOTONG KUKU, membersihkan sela-sela jari (tangan dan kaki), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, membersihkan najis atau beristinja (sekiranya tiada air)".

Kebiasaan bagi wanita jahiliah ialah menyimpan kuku panjang dan dicat dengan warna merah sepertimana dibicarakan dalam bahagian mengecat kuku. HUKUM MEMOTONG KUKU setelah ia panjang adalah SUNAT. Walaubagaimana pun sekiranya dicelah-celah kuku itu dimasuki benda yang boleh menghalang air ketika wudhuk atau mandi hadas besar, maka ketika itu memotong kuku atau membersihkan benda yang menghalang air itu hukumnya WAJIB.

Ada pun berhias diri dengan menyimpan kuku panjang dan mengecatnya samaada dengan izin suami atau tidak HUKUMNYA TETAP HARAM. kerana perbuatan tersebut meniru budaya bukan ISLAM. Siapa yang meniru budaya atau cara hidup orang bukan islam ia dianggap termasuk ke dalam golongan mereka.

* Kepada kekawan sekalian yang bergelar wanita, hendaklah berhati-hati agar tidak mudah meniru stiap yang dilihat, lebih-lebih lagi yang datang dari BARAT. Kenapa kita haru meniru budaya dan cara hidup orang lain, sedangkan yang ada didalam ISLAM telah cukup sempurna dan cantik. Peliknya, kita mudah sahaja meniru sesuatu yang datang dari barat tapi yang buruk KENAPA tidak pilih yang BAIK seperti TEKNOLOGI dan KEMAJUANNYA

Wednesday, April 21, 2010

My Dream Destination

Sebenarnya setiap manusia mempunyai impian untuk menjelajahi destinasi yang diidamkan. Mereka akan mengimpikan satu destinasi yang menarik dan boleh memberi ketenangan jiwa dan minda. Kebiasaannya destinasi yang menjadi pilihan meliputi dalam dan luar negara.

Saya juga mempunyai impian untuk berbulan madu disebuah destinasi yang romantik, menarik dan boleh memberi ketenangan kepada saya dan husband. Destinasi impian saya adalah di luar negara iaitu Sydney, Australia. Ini adalah dorongan cerita dari my mother yang pernah bercuti di sana. Lagi pun tak pernah ke luar negara pun.. dari cerita dan gambar my mother Sydney mempunyai tempat yang menarik untuk dilawati..selain itu, kite boleh menimba pengalaman duduk di negara orang dan mempelajari bagaimana cara kehidupan mereka..


Sydney juga merupakan bandar terbesar di Australia dan ibu negeri New South Wales. Sydney juga merupakan bandar raya yang maju dalam berbagai bidang bersaing dengan Melbourne yang terletak di Victoria. Sydney juga terkenal sebagai tujuan pelancongan terutama Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia. Tempat-tempat ini tak ade dinegara kita jadi kita boleh pelajari kemajuan yang mereka perolehi untuk meningkatkan kemajuan negara kita pula.

Selain itu, kita juga boleh melihat binatang yang terdapat di sana yang kita tidak tak pernah lihat sepeti koala, kangaroo dan lain-lain.. saya juga impikan musim salji.


Selain itu, saya juga boleh menggunakan perkhidmatan penerbangan MAS untuk ke destinasi tersebut. Saya yakin kakitangan MAS akan memberi perkhidmatan yang terbaik. Malaysia airline juga memberi perkhidmatan yang mudah kerana segala tempahan tiket boleh dilakukan di laman web mereka iaitu http://www.malaysiaairline.com

itulah destinasi impian saya..





















Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Monday, April 19, 2010

Award & Tag ;)

Alamak first time dapat award..
but it not easy to get because i must
answer all the questions below...

1. Thank and link the person that gave you the award.

thank you...thank you...thank you....thank you....thank you so much to eja


2. Pass this award to 15 8 bloggers you've recently discovered.

1. aliyalisacollection

2. Oshacorner

3. atin

4. mimi_azdi

5. hanis zalikha

6. mia_liana

7. nanie

8. redmummy


3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.

sure


4. State seven things about yourself.

1. sensitive person

-2. suka posing depan camera (cam2 aksila tapi x terlampau

3. sebenarnyer suke bercuti

4. sentiasa cube menjaga imej

5. suke jugak make up (tapi simple2)


TAG ! TAG ! TAG !


1. How tall should he be?

not sure but still tall than me



2. What hair colour should he have?

of course Black



3. What kind of personality should he have?

Gentleman n simple person n cool man



4. Older or younger?

older 1 or 2 years from me / Sama umur pon tak pe


5. What film actor should he most be like?

nobody because i want himself


6. What singer should he most be like?

still the same answer nobody



7. Do they need to cook?

yes sure but still do together


8. What is his best body part?

opppsss...


9. What car should he drive?

i don't care (asal ader 4 tayar...hehehe)



10. What one thing completely turns you on?

i want to make more friend and earn more money





11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?

nobody



12. Tag 6 people to do this survey too.

Smart Tag !



TAG ! TAG ! TAG !




apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
try to be cool doa semoga die diberi petunjuk jalan yang benar


6 org di hati anda ?
1. Husband

2. my families

3. my best friend

4. kekawan rumah

5.kekawan ofis (yang rapat)

6. and also my followers


anda rasa anda comel ?
may be




single or taken ?
i'm married



blog yang anda suka ?
blog yang menarik utk dilayari



adakah bilik anda kemas setiap hari ?
of course




lagu terakhir yang anda dengar ?

cam2 lagu rasanyer


last text message ?
tak pasti


last phone call ?
of course my husband


hari terakhir anda menangis ?
16/4/2010 (jumaat) bile tgk adik nangis sbb kne mare ngan mak



list lima faberet colour anda .
1. midnight blue (my car colour)

2. pink

3. purple (my wedding tema)

4. hitam

5. blue matelit


website yang paling anda suka ?
blogspot, nuffnang

orang terakhir anda ber"ym" ?
en. ismafi dari fama


game yang anda paling suka ?
tak der

adakah anda peminat MCR ?
Tak kot

apa perasaan anda semasa jawab tag ni ?
menguji

anda rasa tag ni best ?
boleh tahan (menguji minda)

tag lagi 10 orang .

S+M+A+R+T+T+A+G+!+!


pesanan untuk orang yang anda tag ?
sabar (usaha tangga kejayaan)

AMARAN : Hati-hati Ketika Menggunakan Handphone

jangan menggunakan HP bila masih tersambung ke kabel letrik(tengah cas)!!

HARAP DIBACA, MUDAH2AN ANDA TIDAK MELAKUKAN HAL YANG SERUPA!!

1.. "Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN diletakkan dekat anda ketika mencharge."

Don't charge your cellular the whole night and put it close to your ear when you are charging it...

2. "Jangan pernah menjawab panggilan masuk ke HP saat sedang di charge!!"
Never answer the phone when it is charged...

Beberapa hari yang lalu, seorang laki2 sedang mencharge HP di rumahnya.
Few days ago, there was a guy who is charging his cellular at his house.
Disaat yang sama, ada pangilan masuk dan dia menjawabnya saat HP tersebut masih tersambung di kabel letrik.
At the same time, there is a phone call and he answered the phone without unplug the electricity,
Setelah beberapa saat, arus letrik masuk ke HP tanpa dijangka dan laki2 muda tersebut terlempar ke lantai dengan kerasnya.
A few second later the electricity shocked him unexpectedly and that young guy was thrown to the floor hardly.
Orangtuanya bergegas datang ke kamarnya dan menemukan dirinya pengsan, dengan degupan jantung yang lemah dan jari terbakar.
The parents came to the room and found out that he was collapse. His heart beat was so weak and his fingers were burned.
Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi "nyawanya sudah tak dapat diselamatkan" ketika sampai ke hospital.
They took him to the close hospital, unfortunately he passed away as soon as he arrived at the hospital.


HP adalah penemuan modern yang sangat berguna.
Handphone is a functional new technology that can help people for faster communication....
Tapi, kita harus berhati2 karena HP bisa menjadi penyebab kematian.
But, we have to be careful because HP can cause death.
Jangan menggunakan HP bila masih tersambung di suis!

* KEPADA KEKAWAN SEKALIAN BERINGATLAN DAN BERHATI-HATI SEMASA MENGGUNAKAN HANDPHONE KESAYANGAN KITE... SEBAB DENGAN KECUAIAN KITE SENDIRI AKAN MEMUDARATKAN DIRI SENDIRI*

TAKZIAH Kepada seluruh keluarga Achik (Spin)

Biter nie betul2 memeranjatkan aku bile emak aku bgtau Achik (Spin) meninggal kerana terlibat dalam kemalangan...cam tak percaya die pergi sekelip mata....

Tapi ape pun semua nie telah ditentukan ALLAH...Ajal dan Maut ditangan-NYA ... kite pun tak tahu bile masa kite lak...yang penting kite perlu bersedia segalanya sebelum mengadap yang MAHA ESA...

Marila kite sedekah kan Al-Fatihah kepada beliau...semoga ditempatkan didalam golongan orang2 yang iman dan beramal soleh...

AL-FATIHAH.....

Tuesday, April 13, 2010

RENUNGKAN LA

Kekuatan Sedekah

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Z
Allah Ta ' ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah " .. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Z
Allah Ta ' ala berfirman, "Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui" . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Z
RasulAllah SAW bersabda, " Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah ". Yang satu lagi menyeru " musnahkanlah orang yang menahan hartanya " .


Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
Z
" Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah " .
Z
" Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah " .
Z
"U batilah penyakitmu dengan sedekah " .

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah

Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum ' at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum ' at , misalnya Jum ' at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum ' at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.


Sedekah yg pahalanya terus mengalir


Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo ' akannya " (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :

SADAQAH JARIAH –
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH –
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.

Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do ' a . Pada setiap bacaan do ' a itu, anda mendapatkan kebaikan.

Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam .

Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid .

Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do ' a .

Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak .

Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.

Jadilah dia " sejuta artikel " dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk " .

Dari Abdullah bin ' Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: " Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ".